Friday 30 November 2012

rancangan tv cuti sekolah.

hai hai hai hai.
asal cuti sekolah jek tak sah kalau tak ade cerita dongeng indonesia kat tv3 tu, n sekarang kat astro pon dah ade jugak cerita dongeng ni. wah boringggg gua!

pagi pagi lagi adik aku dah tercanggok depan tv dok tengok cerita ni,
pastu petang sambung lagi tengok kat tv3 pulak. masayallah
tak dek cerita lain ke malaysia ni , nak jugak amik cerita dari endon.
di sebabkan malas nak bising aku pon terpaksa la layan cerita tu, kadang kadang kelakar sebab aku dah tahu dah jalan cerita atau endding nye macam mana haha

sebenarnyer cerita ni jalan ceritanye sama jek.
mesti ade peri baik peri jahat
pastu binatang semua boleh cakap
yang gah lagi ade jin besar haha
pastu yang baik mesti miskin, yang jahat mesti kaya.
 yang gempak lagi ade istana dalam air. haha
ade jugak yang bila dah mati kene cuim hidup balik.
pokok boleh sedut orang.
banyak la lagi rekaan diaorang ni. haha





kata pon cerita dongeng kan , tajok pon ofcoz kene dongeng jugak.
 hahah. kelakar la.
kadang kadang bagus gak cerita ni lagi lagi buat kaum kaum ibu yang suri rumah tu boleh lah buat keje dengan aman,tenang n tak dek sapa yang nak kacau. hehe

tapi.............

kenapa la tv tv ni semua tak keluarkan cerita yang baru baru macam istanbul aku datang ke lagenda budak setan 2 ke, twilght ke, sepah the movie ke, tak kesah la ape ape asal kan bukan cerita dongeng ni !
kalau macam gitu comfem tak keluar rumah beb, n umall pon tak dek la yang nak datang kan kalau semua nak ikot selera aku jek haha

btw sekali sekali layan cerita ni okey la, jangan terlampau taksub especially kat budak budak, takot nanti diaorang  terlampau terleka pulak.

okeyy bye, selamat cuti sekolah adik adik :)

kampung i come :)

assalamualaikum.

hari ni nak balik kampung !
yeayyyy. nak makan durian banyak banyak kat kampung nanti.
tak sabarnyer la hai nak makan durian. hahah
n hari ni myb semua adik beradik mak semua balik, mungkin la ~
so meriah la rumah atok hari ni.

tadaaa. kalau nak tahu ni la tuan rumahnye. atok saya :D
HJ MONTEL BIN SAIMAN
hehe montel tak atok kita ?


okey durian ! kau tunggu jek masa untuk dingap ngap ngap. ngeh ngeh :)
semua hantu durian. ade lebih durian nak buat durian crepe. yesss.



p/s : kobar kobar nak balik kampung tapi baju tak kemas. haha *malas*

hari hari terakhir dalam kelas :D

hai.
setiap yang bermula pasti akan berakhir kan.
sama la macam kami di dalam kelas, setiap awal tahun mesti ade akhir tahun.
okey, kalau dekat sekolah detik detik akhir tahun ni la yang paling dirindui,sebab rasa macam tak nak berpisah dengan semua budak kelas, lagi lagi dah rapat macam  adik beradik.
 menangis bersama.
ketawa bersama.
bergosip bersama.
belajar bersama.
bergaduh bersama,
ape yang kita dapat pon kita akan kongsi bersama.

it is why i love with my classmates :D

antara classmates yang tercantik.

 fida debommm :)

with cikgu anis yang comel :D

girl 6atas3. cun melecun.

sayang ciku haniss. terima kasih cikgu :)

boys. tak cukup sorang. azu tak datang.


aijad . haha

this part paling funny bila nak amik gmbar stokin sepul yang koyok, tapi tersnap stokin hazim yang kebetulan jugak koyak. hahah kelakar :DD


yeay !


comel.


dengan mereka mereka ni la boleh mengegarkan kelas bila timegelak besar !
32 murid.
8 boy,24 girl :D

classmates always make me happy every day :D
love u all.

nak kurus !

AKU NAK KURUS !
OKEY BYE. 


 berjayakah ? jeng jeng jeng. aku sendiri tak pasti. heheh :D

istanbul aku datang !

hehe
 maklum la dah lama tak update, so dalam masa satu hari macam macam aku nak post. ngeh ngeh.

sapa lagi tak tengok cerita istanbul aku datang ? ce angkat tangan. ahah
rugi la sape yang tak tengok lagi wa cakap dengan lu, dalam masa sebok sebok aku nak exam sempat gak aku ber-movie kan. ala sebenarnye tak dek halangan ape ape pon kalau ber-movie masa tengah exam. kan kan kan.heheh






best cerita ni. 5 star gua bagi :D
lisa comel comel comel gler !
p/s : faa jangan sedih ae sebab tak dapat tengok lagi cerita ni. haha

lega :D

assalamualaikum :D
 alahai rindunya dekat kebil-kebil saya. haha
tak tahu kenapa hari ni perasaan nak ber-blog tu meluap luap. haha
mungkin sebab aku gembira sangat kot dengan hari ni.
and sebab ape pulak aku nak suka dengan hari ni kan ?
ce teka ?
hah
 sebenarnya, semua paper essey dah settel aku jawab, alhamdulillah.
dapat sikit aku bernafas dan boleh lompat lompat sikit.
actually aku ade lagi 2 paper sebenarnya, paper BM1 dengan PAM1.
tinggal soalan objektif, tapi aku risau jugak, tak boleh amik smbil lewa .kadang kadang paper ni yang membantu kot kot paper lagi 1 hancur ke kan. haha


macam ni la keadaan nye aku bila study, haha serabot !
lepas ni dah tak dek dah macam ni, haha. 

harapan aku biasala mesti la setinggi gunungkan, macam orang lain jugak.
aku harap result yang bakal aku dapat ni boleh bantu aku unuk kehidupan yang lebih cerah, dan cita cita nak masuk u macam kawan kawan lain tercapai,. amin :D


good luck linda. aku perlukan kata kata semangat !yeayy


Thursday 29 November 2012

anak sedara :D

bismillah ..

 perkara yang paling bahagia bila dapat tahu yang aku dah nak jadi makcik :D
syukur alhamdulillah.
my sister pregnant.
tak sabar nye nak tunggu anak sedara. walaupun bukan anak aku tapi aku yang exited glerrr ! haha
sekerang baru 6 month. agaknye macam ni la dia kan sekarang kan.


 harap awak sehat la ye anak sedara. tak sabar nak tunggu awak keluar bulan 7 nanti.
semoga awak pandai, bijak, dan comel/hensem :D

apa apa hal aku nak ucap congratulation kat my sister n husband.
selepas 5 bulan menunggu akhirnya ada jugak rezeki. alhamdulillah.
jaga kandungan baik baik kak. love u.